Lawatan Pegawai Penilai Krt Cemerlang.

Pada 18 Sept 2011 hari Ahad,Pegawai Penilai Krt Cemerlang seramai 3 orang telah datang ke Taman Pelangi,Jerantut bagi melengkapkan permarkahan.Dalam perjumpaan tersebut Ajk Krt telah hadir serta Ajk setiap cabang-cabang Krt.Perjumpaan telah berlangsung hampir 2 jam.Didalam taklimat kepada Pegawai berkenaan Pengerusi Krt Taman Pelangi telah memberikan penerangan tentang perjalanan program dan aktiviti.Sesungguhnya Krt Taman Pelangi akan sentiasa melaksanakan program bagi manfaat masyarakat serta kaum.Diharapkan Jabatan dan Krt akan sentiasa berhubung bagi merancang dan melaksanakan aktiviti agar matlamat kearah pembentukan dan gagasan 1 Malaysia akan tercapai.